Friday 28 August 2015

Tanggungjawab seorang Da'i

Tugas kita sebagai seorang pendakwah pada masa kini adalah sangat mencabar, ini kerana kita melihat kepada kehidupan remaja2 pada masa kini yang dilihat semakin jauh dan semakin lari daripada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

pemuda pada masa kini hendaklah mencontohi keperibadian utama baginda Nabi Muhammad S.a.w. akhlaq dan budi pekerti beliau. Kisah Sultan Muhammad Al-Fatih juga dapat kita jadikan sebagai inspirasi dalam mencapai kejayaan hidup, ini kerana beliau telah termasuk di dalam apa yang telah dikatakan oleh Baginda Nabi di dalam sabdanya.

“sesungguhnya Kota Konstantinopel itu akan jatuh pada tangan orang Islam, pemimpinnya adalah merupakan sebaik2 pemimpin, dan tenteranya adalah merupakan sebaik2 tentera” (hadis riwayat Ahmad).


Jika ingin melihat kejayaan Islam pada masa hadapan, lihatlah pemudanya pada masa kini, apabila baik pemudanya maka begitulah masa depan Islam. 

Thursday 14 February 2013

~ Faktor Dan Ramuan Sifat Putus Asa ~




Bismillah. Assalamualaikum Pembaca Yang Dikasihi. Semoga Kalian Sentiasa dalam Rahmat Dan Perlindungan Allah, Amiin3.

Untuk Makluman Para Pembaca Sekalian, Artikel Yang Serba Ringkas Ini Akan Membicarakan Berkenaan Dengan "Pengertian Sifat Putus Asa, Faktor Kehadirannya, Kesannya Serta Cara-Cara Bagi Mengatasinya. 

Sepertimana Yang Kita Ketahui, Di Akhir-akhir ini Ramai Sekali Di kalangan Manusia, Cepat Berputus Asa Dalam Melakukan Sesuatu Perkara Tanpa Mencuba Sesuatu Itu Terlebih Dahulu, Lebih Menyedihkan Lagi Apabila Sifat Putus Asa Tersebut Bukan Hanya Tertumpu Dalam Melakukan Sesuatu Perkara Yang Khusus Sahaja, Bahkan Dalam Belajar Pun Begitu Juga. Oleh Sebab Itu Antara Matlamat Utama Artikel Ini Ditulis Adalah Bagi Berkongsi Berkenaan Dengan Apakah Faktor Dan Apakah Ramuan Yang Sesuai Bagi Menangani Sifat Putus Asa Tersebut.  

Sahabat Yang Dikasihi Sekalian, Tidak Dapat Dinafikan Bahawa Sifat Putus Asa Ini Selalu Sahaja Hadir Dalam Kehidupan Kita Tanpa Diminta, Bahkan Sifat  Ini Sering Terjadi Terhadap Diri Penulis Sendiri, Namun Perkara Tersebut Bukanlah Merupakan Alasan Utama Untuk Kita Cepat Menyerah Kalah Dalam Melakukan Sesuatu Perkara, Kerana Kita Masih Memiliki Usaha, Oleh Sebab Yang Sedemikian Kita Amat-amatlah Digalakkan Untuk Sentiasa MengUpgrade Usaha Kita.

Tiada Sesiapapun Gembira Setiap Masa, Tetapi Perkara Ini Bukanlah Merupakan Alasan Untuk Menjadi Sengsara, Gunakan Pengetahuan Dan Pengalaman Yang Kita Ada, Kerana Pengetahuan Dan Pengalaman Adalah Harga Yang tidak Ternilai Dan Tidak Dapat Dimusnahkan, Segala Permulaan Memang Sukar, Akan Tetapi Dapat Diatasi Dengan Kemahuan Yang Kuat Dan Teguh, Tepuk Dada Dan Tanya Iman.

Sebelum Melangkah Dengan Lebih Lanjut Berkenaan Dengan Faktor Dan Ramuan Dalam Menangani Sifat Putus Asa, Eloklah Dahulu Jika Kita Ketahui Apakah Itu Sifat Putus Asa? 

       1.    Pengertian Sifat Putus Asa :-

Sifat Putus Asa Merupakan Suatu Sikap Pengecut Dan Pecundang, Sifat Tersebut Adalah Merupakan Salah Satu Daripada Sifat-sifat Yang Sangat Dibenci oleh Allah Swt, Sifat Atau Sikap Seperti Ini Merupakan Satu Sikap Yang Sangat-sangat Merugikan Bagi Manusia, Ini Kerana Putus Asa Sendiri Memiliki Pengertian "Habis Harapan", Yang Bermaksud "Tidak Ada Harapan Lagi".

Putus Asa Berarti Hilang/ Lenyap Harapan Terhadap Sesuatu Yang Hendak Dicapai, Seorang Yang Memiliki Sifat Seperti Ini Akan Lebih Mudah Dan Cepat Menyerah Kalah Dalam Melakukan Sesuatu Perkara. Ia Akan Sangat Rentan Terhadap Sesuatu Yang Tidak Tercapai Kemudian Mengeluh Dan Berhenti Untuk Melakukan Sesuatu Yang Ia Ingin Dicapai. Kecenderungan Seorang Yang Putus Asa Adalah Sangat Mudah Menyerah Dengan Sedikit Kesulitan Yang Dihadapi, Tanpa Mencuba Terlebih Dahulu, Ia Selalu Menganggap Bahwa Kesulitan Yang Ia Temui Adalah Sesuatu Yang Tidak Bisa Ia Selesaikan Dengan Kemampuannya. 

Seseorang Yang Seperti Ini Pada Kebiasaannya Lebih Cenderung Berkepribadian Mudah Menyerah, Malas, Tidak Percaya Diri Terhadap Kemampuannya. Lalu Kenapa Putus Asa Masuk Kategori Sifat Tercela Dalam Akhlak Islam? Mengapa Allah Swt. Dalam Firmannya Sangat Membenci Dan Melarang Orang Yang Berputus Asa? Sebagaimana Dalam firmannya,  

 يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Yang Bermaksud: “Wahai Anak-anakku, Pergilah Kamu, Maka Carilah Berita Tentang Yusuf  Dan Saudaranya Dan Jangan Kamu Berputus Asa Dari Rahmat Allah. Sesungguhnya Tiada Yang Berputus Asa Dari Rahmat Allah, Melainkan Kaum Yang Kafir”.  (Q.S. Yusuf 12:87)”

Melalui Firman Allah S.w.t. Sepertimana Yang Telah Dinyatakan Di Atas Maka Jelaslah Kepada Kita, Bahwasannya Allah Amat-amat Melarang Kepada Kita Daripada Memiliki Sifat Putus Asa. 

Allah S.w.t. Menyebut Bahawasannya Orang Yang Berputus Asa Itu Adalah Seperti Orang Kafir, Mengapa Demikian Kerasnya Perumpamaan Allah Itu? Apakah Hubungkait Di Antara Orang Kafir Dengan Putus Asa? Prof. DR. Quraish Shihab Telah Menjelaskan Dalam Tafsir Al-Misbahnya, "Sesungguhnya Orang-orang Yang Berputus Asa Adalah Orang-orang Yang Sangat Mantap Kekufurannya. Hal Ini Bermakna Bahawa Putus Asa Itu Sangat Sesuai  Dengan Kekufuran Yang Besar. Menurutnya Lagi Seseorang Yang Kekufurannya Belum Mencapai Peringkat Itu, Maka Orang Itu Pada Kebiasanya Tidak Akan Cepat Hilang Harapan. Namun Menurutnya, Bahawa Sebaliknya Semakin Besar Keimanan Seseorang Maka Semakin Besar Pula Harapan Yang Dimilikinya.

Putus Asa Hanya Layak Bagi Manusia Yang Durhaka, Kerana Di Dalam Diri Orang Yang Memiliki Sifat Putus Asa Ini Mereka Menduga Bahawa Kenikmatan Dari Allah Tidak Akan Kembali Lagi, Tanpa Dia Sedari Bahawasannya Segala Kenikmatan Yang Diperolehi Sebelum Ini Adalah Merupakan Anugerah Daripada Allah S.w.t. 

Orang Yang Berputus Asa Bererti Orang Yang Tak Meyakini Kurniaan Tuhan Kepadanya, Tak Meyakini Kebolehannya Bererti Telah Mengingkari Kewujudan Tuhan Itu Sendiri, Yang Bererti Bahawa Ia Telah Mengingkari (kufur) Dengan Kewujudan Allah. Begitu Panjang Dan Berbahaya Kesan Daripada Sifat Putus Asa Ini Sehingga Allah Sangat Membenci Dan Melarang Manusia Untuk Memelihara Sikap Atau Sifat Seperti Ini.

       2. Sebab-Sebab Kehadiran Sifat Putus Asa :-

Sahabat Yang Dikasihi Sekalian, Banyak Faktor Yang Sangat-sangat Mempengaruhi Kenapa Manusia Sering kali Berputus Asa Dalam Melakukan Sesuatu Perkara, Antara Faktor Utamanya Adalah Ketidak-Percayaan Seseorang Terhadap Kekuasan Allah S.w.t. Oleh Kerana Itulah Mereka Selalu Tidak Percaya Terhadap Diri Mereka Sendiri, Cepat Menyerah Kalah Dalam Melakukan Sesuatu Perkara, Bukankah Allah Menciptakan Setiap Orang Itu Memiliki Kelebihan Masing-masing? Jadi Mengapa Kita Harus Memiliki Sifat Putus Asa Dalam Diri Kita?, Kita Seharusnya Membuang Jauh-jauh Sifat Putus Asa Tersebut, Kerana Ianya Amat Berbahaya Kepada Kita. Selain Ketidak-Yakinan Terhadap Kekuasaan Allah S.w.t. Banyak Lagi Faktor-Faktor Lain Yang Menyebabkan Sifat Putus Asa Ini Muncul Dalam Kehidupan Manusia. Antaranya Sebagaimana Berikut:

# Selalu Mengingati Musibah Sehingga Tidak Boleh Melupakannya :-
Hal Ini Juga Dapat Membuat Seseorang Menjadi Putus Asa. "Yang Berlalu Biarlah Ia Berlalu". Umar Ibn Khattab Mengingatkan Kepada Kita Bahawa "Jaganlah Kita Selalu Mengingati Sesuatu Musibah Yang Telah Terjadi Dengan Mengingatinya Secara Berlebihan Yang Boleh Membuatkan Kita Terlena Dan Meneteskan Air Mata Serta Membuat Hidup Kita Menjadi Tidak Kuat, “Janganlah Kamu Mencucurkan Air Mata Karena Mengingatnya"
   
# Berduka Cita Secara Berlebihan :-
Sehingga Tidak Mampu Mengambil Pengajaran Daripada Musibah Yang Dialaminya Serta Menganggap Bahawasannya Kehilangan Yang Dialaminya Itu Tidak Akan Ada Yang Mampu Untuk Menggantikannya. Sikap Seperti Ini Dapat Mengingatkan Manusia Kepada Keadaan Terburuknya Yang Menyebabkan Seseorang Itu Sulit Untuk "Move On" Dari Posisi Yang Sukar Itu. Perasaan Seperti Ini Juga Akan Membuatnya Semakin Tertekan Dan Bebanannya Akan Terus Bertambah, Karena Ia Terus Menyesali Dan Berduka Cita Atas Apa Yang Telah Terjadi Terhadapnya.

Renunglah Firman Allah Di Dalam Surah Al-Hadid: 23, 

لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Yang Bermaksud: “(Kami Jelaskan Yang Demikian Itu) Supaya Kamu Jangan Berduka Cita Terhadap Apa Yang Terlepas Daripada Kamu, Dan Supaya Kamu Jangan Terlalu Gembira Terhadap Apa Yang Diberikan-Nya Kepadamu. Dan Allah Tidak Menyukai Setiap Orang Yang Sombong Lagi Membanggakan Diri (Qs. Al-Hadid: 23).

# Banyak Mengeluh Dan Tidak Sabar :-
Sikap Ini Merupakan Sikap Yang Sering Membuatkan Seseorang Itu Putus Asa. Banyak Mengeluh Terhadap Perkara Buruk Yang Terjadi Padanya Akan Mnyebabkan Hadirnya Sifat Tidak Sabar, Bersikap Gopoh-gapah Dan Tergesa-Gesa Dalam Membuat Keputusan, Dia Tidak Menyedari Bahawasannya Setiap Yang Berlaku Itu Adalah Segalanya Daripada Allah, Apa Yang Dia Impikan Ingin Terus Tercapai, Tanpa Berusaha Terlebih Dahulu. Hal Inilah Yang Membuat Mereka Lebih Mudah Masuk Ke Dalam Jurang Putus Asa, Sebab Tidak Semua Yang Dilakukan Pada Saat Itu, Akan Terjadi.



       3.  Kesan Sifat Putus Asa :-

Bila Kita Tidak Mahu Membuang Sifat Putus Asa Yang Ada Dalam Diri Kita (walaupun sedikit) Kita Akan Ditemukan Dengan Pelbagai Permasalahan Secara Tidak Sengaja Dan Kebetulan – Mengakibatkan Kita Kerugian Masa, Tenaga Dan Wang Ringgit. Rugi, Rugi, Rugi. Dan Banyak rugi.

# Kita Akan Susah Untuk Bermotivasi :-
 Asyik Tak Bersemangat Sahaja, Rasa Malas, Berat Tulang Nak Buat Kerja. Kalaupun Ada Kerja Yang Penting Untuk Diselesaikan, Anda Rasa Macam Tak Nak Buat Lalu Mendorong Anda "Bertangguh". Bila Asyik Bertangguh, Kesan Jangka Masa Panjang, Prestasi Anda Akan Menurun. Anda Jadi Orang Kurang Cemerlang. Pekerjaan Yang Senantiasa Ditangguh-tangguh Tidak Akan Mendapat Keberkatan.

# Masalah Dalam Hidup Kita Tak Akan Pernah Surut :-
Ada-ada Sahaja Masalah Yang Muncul. Masalah Kecil Membawa Kepada Masalah Besar. Masalah Besar Yang Melanda Semakin Membesar, Akhirnya Membawa Kepada Permasalahan Yang Dua Kali Ganda Lebih Besar. Orang Yang Memilki Sifat Putus Asa Tak Akan Menumpu Pada Penyelesaian Masalah, Sebab Tu Masalahnya Semakin Membesar, Dan Semakin Menambah. 

        4. Cara-cara Mengatasi Sifat Putus Asa :-

# Sentiasa Berbaik Sangka Dengan Allah :-
Kita Harus Sentiasa Berfikir Bahawasannya Setiap Yang Terjadi Itu Ada Hikmah Di Sebaliknya. Sebagaimana Firman Allah. "كل شيئ سببا" Kita Harus Sentiasa Ingat Bahawasannya Setiap Dugaan Daripada Allah Adalah Merupakan Bukti KecintaanNya Kepada Kita. :)

# Kegagalan Kita Bukanlah Kegagalan Yang Abadi :-
Kita Harus Sentiasa Ingat Bahawasannya Kegagalan Kita Pada Hari Ini Bukanlah Merupakan Kegagalan Kita Yang Selama-lamanya, Anggap Kegagalan Tersebut Hanyalah Kegagalan Yang Sementara Sahaja, Kita Masih Boleh Berusaha Untuk Membaiki Diri. 

# Sentiasa Bersifat Positif Dalam Keadaan Apa Sekalipun :-
Kehidupan Tidak Selalu Seperti Yang Kita Inginkan, Tetapi Apabila Kita Dapat Menyesuaikan Diri Dengan Suasana Yang Baru, Maka Kelemahan Kita Akan Berkurangan. Tetapkan Tindakan Kita Walau Dalam Keadaan Apa Sekalipun, Kita Masih Boleh Memilih Tindakan Dengan Mencari Jalan Penyelesaian Bagi Mengatasi Masalah Yang Kita Sedang Hadapi.

# Sentiasa Bertanggungjawab Di Atas Kegagalan Yang Dihadapi :-
Jangan Sering Menyalahkan Orang Lain Di Atas Kegagalan Kita, Sentiasa Bermuhasabah Akan Kelemahan Diri. 

Secara Kesimpulannya, Melalui Tulisan Yang Serba  Ringkas Ini, Kita Dapati Bahawa Sifat Putus Asa Sangat-sangat Berbahaya Kepada Kita Apabila Kita Tidak Berusaha Untuk Menghilangkannya.

Penulis Mendoakan, Agar Kita Semua Dijauhkan Oleh Allah Daripada Memiliki Sifat Putus Asa. Tingkatkan Usaha Dan Buanglah Jauh-Jauh Sifat Putus Asa Tersebut. 

Ingatlah, Bahawasannya "KEGAGALAN" Merupakan Guru Yang Amat Bermakna Untuk Kita Semua. 
Renunglah Video Di Bawah Ini, Semoga Kita Memperoleh Manfaat Darinya. Sekian. Waalaikumussalam. :)