Bismillah.
Assalamualaikum Pembaca Yang Dikasihi. Semoga Kalian Sentiasa dalam Rahmat Dan
Perlindungan Allah, Amiin3.
Untuk Makluman Para Pembaca Sekalian, Artikel Yang Serba Ringkas Ini Akan Membicarakan Berkenaan Dengan "Pengertian Sifat Putus Asa, Faktor Kehadirannya, Kesannya Serta Cara-Cara Bagi Mengatasinya.
Sepertimana Yang Kita Ketahui, Di Akhir-akhir ini Ramai Sekali Di kalangan Manusia, Cepat Berputus Asa Dalam Melakukan Sesuatu Perkara Tanpa Mencuba Sesuatu Itu Terlebih Dahulu, Lebih Menyedihkan Lagi Apabila Sifat Putus Asa Tersebut Bukan Hanya Tertumpu Dalam Melakukan Sesuatu Perkara Yang Khusus Sahaja, Bahkan Dalam Belajar Pun Begitu Juga. Oleh Sebab Itu Antara Matlamat Utama Artikel Ini Ditulis Adalah Bagi Berkongsi Berkenaan Dengan Apakah Faktor Dan Apakah Ramuan Yang Sesuai Bagi Menangani Sifat Putus Asa Tersebut.
Sahabat Yang Dikasihi Sekalian, Tidak Dapat Dinafikan Bahawa Sifat Putus Asa Ini Selalu Sahaja Hadir Dalam Kehidupan Kita Tanpa Diminta, Bahkan Sifat Ini Sering Terjadi Terhadap Diri Penulis Sendiri, Namun Perkara Tersebut Bukanlah Merupakan Alasan Utama Untuk Kita Cepat Menyerah Kalah Dalam Melakukan Sesuatu Perkara, Kerana Kita Masih Memiliki Usaha, Oleh Sebab Yang Sedemikian Kita Amat-amatlah Digalakkan Untuk Sentiasa MengUpgrade Usaha Kita.
Tiada Sesiapapun Gembira Setiap Masa, Tetapi Perkara Ini Bukanlah Merupakan Alasan Untuk Menjadi Sengsara, Gunakan Pengetahuan Dan Pengalaman Yang Kita Ada, Kerana Pengetahuan Dan Pengalaman Adalah Harga Yang tidak Ternilai Dan Tidak Dapat Dimusnahkan, Segala Permulaan Memang Sukar, Akan Tetapi Dapat Diatasi Dengan Kemahuan Yang Kuat Dan Teguh, Tepuk Dada Dan Tanya Iman.
Sebelum Melangkah Dengan Lebih Lanjut Berkenaan Dengan Faktor Dan Ramuan Dalam Menangani Sifat Putus Asa, Eloklah Dahulu Jika Kita Ketahui Apakah Itu Sifat Putus Asa?
1. Pengertian Sifat Putus Asa :-
Sifat Putus Asa Merupakan Suatu Sikap Pengecut Dan Pecundang, Sifat Tersebut Adalah Merupakan Salah Satu Daripada Sifat-sifat Yang Sangat Dibenci oleh Allah Swt, Sifat Atau Sikap Seperti Ini Merupakan Satu Sikap Yang Sangat-sangat Merugikan Bagi Manusia, Ini Kerana Putus Asa Sendiri Memiliki Pengertian "Habis Harapan", Yang Bermaksud "Tidak Ada Harapan Lagi".
Putus Asa Berarti
Hilang/ Lenyap Harapan Terhadap Sesuatu Yang Hendak Dicapai, Seorang Yang
Memiliki Sifat Seperti Ini Akan Lebih Mudah Dan Cepat Menyerah Kalah Dalam
Melakukan Sesuatu Perkara. Ia Akan Sangat Rentan Terhadap Sesuatu Yang Tidak
Tercapai Kemudian Mengeluh Dan Berhenti Untuk Melakukan Sesuatu Yang Ia Ingin
Dicapai. Kecenderungan Seorang Yang Putus Asa Adalah Sangat Mudah Menyerah
Dengan Sedikit Kesulitan Yang Dihadapi, Tanpa Mencuba Terlebih Dahulu, Ia
Selalu Menganggap Bahwa Kesulitan Yang Ia Temui Adalah Sesuatu Yang Tidak Bisa
Ia Selesaikan Dengan Kemampuannya.
Seseorang Yang
Seperti Ini Pada Kebiasaannya Lebih Cenderung Berkepribadian Mudah Menyerah,
Malas, Tidak Percaya Diri Terhadap Kemampuannya. Lalu Kenapa Putus Asa Masuk
Kategori Sifat Tercela Dalam Akhlak Islam? Mengapa Allah Swt. Dalam Firmannya
Sangat Membenci Dan Melarang Orang Yang Berputus Asa? Sebagaimana Dalam
firmannya,
يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ
وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن
رَّوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Yang Bermaksud:
“Wahai Anak-anakku, Pergilah Kamu, Maka Carilah Berita Tentang Yusuf
Dan Saudaranya Dan Jangan Kamu Berputus Asa Dari Rahmat Allah. Sesungguhnya
Tiada Yang Berputus Asa Dari Rahmat Allah, Melainkan Kaum Yang Kafir”. (Q.S.
Yusuf 12:87)”
Melalui Firman
Allah S.w.t. Sepertimana Yang Telah Dinyatakan Di Atas Maka Jelaslah Kepada
Kita, Bahwasannya Allah Amat-amat Melarang Kepada Kita Daripada Memiliki Sifat
Putus Asa.
Allah S.w.t.
Menyebut Bahawasannya Orang Yang Berputus Asa Itu Adalah Seperti Orang Kafir,
Mengapa Demikian Kerasnya Perumpamaan Allah Itu? Apakah Hubungkait Di Antara
Orang Kafir Dengan Putus Asa? Prof. DR. Quraish Shihab Telah Menjelaskan Dalam
Tafsir Al-Misbahnya, "Sesungguhnya Orang-orang Yang Berputus Asa Adalah
Orang-orang Yang Sangat Mantap Kekufurannya. Hal Ini Bermakna Bahawa Putus Asa
Itu Sangat Sesuai Dengan Kekufuran Yang Besar. Menurutnya Lagi Seseorang
Yang Kekufurannya Belum Mencapai Peringkat Itu, Maka Orang Itu Pada Kebiasanya
Tidak Akan Cepat Hilang Harapan. Namun Menurutnya, Bahawa Sebaliknya Semakin
Besar Keimanan Seseorang Maka Semakin Besar Pula Harapan Yang Dimilikinya.
Putus Asa Hanya
Layak Bagi Manusia Yang Durhaka, Kerana Di Dalam Diri Orang Yang Memiliki Sifat
Putus Asa Ini Mereka Menduga Bahawa Kenikmatan Dari Allah Tidak Akan Kembali
Lagi, Tanpa Dia Sedari Bahawasannya Segala Kenikmatan Yang Diperolehi Sebelum
Ini Adalah Merupakan Anugerah Daripada Allah S.w.t.
Orang Yang
Berputus Asa Bererti Orang Yang Tak Meyakini Kurniaan Tuhan Kepadanya, Tak
Meyakini Kebolehannya Bererti Telah Mengingkari Kewujudan Tuhan Itu Sendiri,
Yang Bererti Bahawa Ia Telah Mengingkari (kufur) Dengan Kewujudan Allah. Begitu
Panjang Dan Berbahaya Kesan Daripada Sifat Putus Asa Ini Sehingga Allah Sangat
Membenci Dan Melarang Manusia Untuk Memelihara Sikap Atau Sifat Seperti Ini.
2. Sebab-Sebab Kehadiran Sifat Putus Asa :-
Sahabat Yang
Dikasihi Sekalian, Banyak Faktor Yang Sangat-sangat Mempengaruhi Kenapa Manusia
Sering kali Berputus Asa Dalam Melakukan Sesuatu Perkara, Antara Faktor
Utamanya Adalah Ketidak-Percayaan Seseorang Terhadap Kekuasan Allah S.w.t. Oleh
Kerana Itulah Mereka Selalu Tidak Percaya Terhadap Diri Mereka Sendiri, Cepat
Menyerah Kalah Dalam Melakukan Sesuatu Perkara, Bukankah Allah Menciptakan
Setiap Orang Itu Memiliki Kelebihan Masing-masing? Jadi Mengapa Kita Harus
Memiliki Sifat Putus Asa Dalam Diri Kita?, Kita Seharusnya Membuang Jauh-jauh
Sifat Putus Asa Tersebut, Kerana Ianya Amat Berbahaya Kepada Kita. Selain
Ketidak-Yakinan Terhadap Kekuasaan Allah S.w.t. Banyak Lagi Faktor-Faktor Lain
Yang Menyebabkan Sifat Putus Asa Ini Muncul Dalam Kehidupan Manusia. Antaranya
Sebagaimana Berikut:
# Selalu Mengingati Musibah Sehingga Tidak Boleh Melupakannya :-
Hal Ini Juga
Dapat Membuat Seseorang Menjadi Putus Asa. "Yang Berlalu Biarlah Ia
Berlalu". Umar Ibn Khattab Mengingatkan Kepada Kita Bahawa "Jaganlah
Kita Selalu Mengingati Sesuatu Musibah Yang Telah Terjadi Dengan Mengingatinya
Secara Berlebihan Yang Boleh Membuatkan Kita Terlena Dan Meneteskan Air Mata
Serta Membuat Hidup Kita Menjadi Tidak Kuat, “Janganlah Kamu Mencucurkan Air
Mata Karena Mengingatnya"
# Berduka Cita Secara Berlebihan :-
Sehingga Tidak
Mampu Mengambil Pengajaran Daripada Musibah Yang Dialaminya Serta Menganggap
Bahawasannya Kehilangan Yang Dialaminya Itu Tidak Akan Ada Yang Mampu Untuk
Menggantikannya. Sikap Seperti Ini Dapat Mengingatkan Manusia Kepada Keadaan
Terburuknya Yang Menyebabkan Seseorang Itu Sulit Untuk "Move On"
Dari Posisi Yang Sukar Itu. Perasaan Seperti Ini Juga Akan Membuatnya Semakin
Tertekan Dan Bebanannya Akan Terus Bertambah, Karena Ia Terus Menyesali Dan
Berduka Cita Atas Apa Yang Telah Terjadi Terhadapnya.
Renunglah Firman
Allah Di Dalam Surah Al-Hadid: 23,
لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا
آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Yang Bermaksud:
“(Kami Jelaskan Yang Demikian Itu) Supaya Kamu Jangan Berduka Cita Terhadap Apa
Yang Terlepas Daripada Kamu, Dan Supaya Kamu Jangan Terlalu Gembira Terhadap
Apa Yang Diberikan-Nya Kepadamu. Dan Allah Tidak Menyukai Setiap Orang Yang
Sombong Lagi Membanggakan Diri (Qs. Al-Hadid: 23).
# Banyak Mengeluh
Dan Tidak Sabar :-
Sikap Ini
Merupakan Sikap Yang Sering Membuatkan Seseorang Itu Putus Asa. Banyak Mengeluh
Terhadap Perkara Buruk Yang Terjadi Padanya Akan Mnyebabkan Hadirnya Sifat
Tidak Sabar, Bersikap Gopoh-gapah Dan Tergesa-Gesa Dalam Membuat Keputusan, Dia
Tidak Menyedari Bahawasannya Setiap Yang Berlaku Itu Adalah Segalanya Daripada
Allah, Apa Yang Dia Impikan Ingin Terus Tercapai, Tanpa Berusaha Terlebih
Dahulu. Hal Inilah Yang Membuat Mereka Lebih Mudah Masuk Ke Dalam Jurang Putus
Asa, Sebab Tidak Semua Yang Dilakukan Pada Saat Itu, Akan Terjadi.
3. Kesan
Sifat Putus Asa :-
# Masalah Dalam Hidup Kita Tak Akan Pernah Surut :-
4. Cara-cara Mengatasi Sifat Putus Asa :-
# Sentiasa Berbaik Sangka Dengan Allah :-
# Kegagalan Kita Bukanlah Kegagalan Yang Abadi :-
# Sentiasa Bersifat Positif Dalam Keadaan Apa Sekalipun :-
Bila Kita Tidak
Mahu Membuang Sifat Putus Asa Yang Ada Dalam Diri Kita (walaupun sedikit) Kita
Akan Ditemukan Dengan Pelbagai Permasalahan Secara Tidak Sengaja Dan Kebetulan
– Mengakibatkan Kita Kerugian Masa, Tenaga Dan Wang Ringgit. Rugi, Rugi, Rugi.
Dan Banyak rugi.
# Kita Akan Susah
Untuk Bermotivasi :-
Asyik Tak
Bersemangat Sahaja, Rasa Malas, Berat Tulang Nak Buat Kerja. Kalaupun Ada Kerja
Yang Penting Untuk Diselesaikan, Anda Rasa Macam Tak Nak Buat Lalu Mendorong
Anda "Bertangguh". Bila Asyik Bertangguh, Kesan Jangka Masa Panjang,
Prestasi Anda Akan Menurun. Anda Jadi Orang Kurang Cemerlang. Pekerjaan Yang
Senantiasa Ditangguh-tangguh Tidak Akan Mendapat Keberkatan.
# Masalah Dalam Hidup Kita Tak Akan Pernah Surut :-
Ada-ada Sahaja
Masalah Yang Muncul. Masalah Kecil Membawa Kepada Masalah Besar. Masalah Besar
Yang Melanda Semakin Membesar, Akhirnya Membawa Kepada Permasalahan Yang Dua
Kali Ganda Lebih Besar. Orang Yang Memilki Sifat Putus Asa Tak Akan Menumpu
Pada Penyelesaian Masalah, Sebab Tu Masalahnya Semakin Membesar, Dan Semakin
Menambah.
4. Cara-cara Mengatasi Sifat Putus Asa :-
# Sentiasa Berbaik Sangka Dengan Allah :-
Kita Harus
Sentiasa Berfikir Bahawasannya Setiap Yang Terjadi Itu Ada Hikmah Di Sebaliknya.
Sebagaimana Firman Allah. "كل شيئ سببا"
Kita Harus Sentiasa Ingat Bahawasannya Setiap Dugaan Daripada Allah Adalah
Merupakan Bukti KecintaanNya Kepada Kita. :)
# Kegagalan Kita Bukanlah Kegagalan Yang Abadi :-
Kita Harus
Sentiasa Ingat Bahawasannya Kegagalan Kita Pada Hari Ini Bukanlah Merupakan
Kegagalan Kita Yang Selama-lamanya, Anggap Kegagalan Tersebut Hanyalah
Kegagalan Yang Sementara Sahaja, Kita Masih Boleh Berusaha Untuk Membaiki
Diri.
# Sentiasa Bersifat Positif Dalam Keadaan Apa Sekalipun :-
Kehidupan Tidak
Selalu Seperti Yang Kita Inginkan, Tetapi Apabila Kita Dapat Menyesuaikan Diri
Dengan Suasana Yang Baru, Maka Kelemahan Kita Akan Berkurangan. Tetapkan
Tindakan Kita Walau Dalam Keadaan Apa Sekalipun, Kita Masih Boleh Memilih
Tindakan Dengan Mencari Jalan Penyelesaian Bagi Mengatasi Masalah Yang Kita
Sedang Hadapi.
# Sentiasa
Bertanggungjawab Di Atas Kegagalan Yang Dihadapi :-
Jangan Sering
Menyalahkan Orang Lain Di Atas Kegagalan Kita, Sentiasa Bermuhasabah Akan
Kelemahan Diri.
Secara
Kesimpulannya, Melalui Tulisan Yang Serba Ringkas Ini, Kita Dapati Bahawa
Sifat Putus Asa Sangat-sangat Berbahaya Kepada Kita Apabila Kita Tidak Berusaha
Untuk Menghilangkannya.
Penulis
Mendoakan, Agar Kita Semua Dijauhkan Oleh Allah Daripada Memiliki Sifat Putus
Asa. Tingkatkan Usaha Dan Buanglah Jauh-Jauh Sifat Putus Asa Tersebut.
Ingatlah,
Bahawasannya "KEGAGALAN" Merupakan Guru Yang Amat Bermakna Untuk Kita
Semua.
Renunglah Video
Di Bawah Ini, Semoga Kita Memperoleh Manfaat Darinya. Sekian. Waalaikumussalam.
:)
Terima Kasih kerana ayat2 itu banyak membantu .
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat yang diberi...
ReplyDelete( 'o' )